BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 15, 2010

selamat hari guru

Assalamualaikum wbt
16 Mei, Malaysia menyambut Hari Guru di seluruh negara. Sambutan hari guru bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang mendidik kita. Kita seharusnya berterima kasih kepada insan yang selama ini tidak lokek mengajarkan kita ilmu; sama ada guru tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti atau guru yang mengajar kita di mana-mana sekalipun, walaupun ilmu yang diajarkan itu hanya sepotong ayat.

Terdapat pelbagai cara untuk kita menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kepada guru-guru kita. Memberi hadiah seperti bunga, saputangan, atau kad hari guru adalah salah satu cara. Tetapi, para guru tidak mengharapkan hadiah dalam bentuk material. Sebaliknya, hadiah yang paling bernilai bagi mereka adalah kejayaan kita. Anda hanya perlu menenjukkan keupayaan diri anda yang sebenar dalam pelajaran dan menunjukkan teladan yang baik,yakni dari segi akhlak.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mengucapkan TERIMA KASIH atau SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kita. Tanpa mereka, mungkin kita tidak dapat menjadi diri kita yang cemerlang seperti sekarang.

saya mahu ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru seMalaysia. kepada semua guru di Tadika Sempurna Gombak, Sekolah Kebangsaan Gombak 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur, cikgu2 yg prnh mengajarku tuisyen ( yg plg di ingati ckg aina ckg matematik yg plg aku kagumi)

menangis mengalirkan air mata bile mendgr lagu " kami guru Malaysia" dan lagu teme "guru pemibina negara bangs"... sy bakal mnjadi guru dan sy akn rasai suke duka sbg seorg guru yg prnh dilalui guru2ku...guru mengajr diri mnjd seorg yg tabah, sabar, tanggungjwb, berkongsi dan segalanye....kesbran guru dalam mengajar murid2 nye patut disanjungi kerana bukan mudah utk mengajar murid yg mempunyai pelagai ragam dan gaya.

Terima Kasih diatas jasa anda semua (guru-guru) dan yang paling penting,
niatkan apa yang anda lakukan kerana Allah SWT

hanya Allah swt yang mampu membalas segala jasa2 guru

0 comments: